Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ki perempuan yg kelihatan senang diperdaya tetapi sebenar­nya tidak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kelihatan mudah didekati tetapi tidak mudah dipikat (bkn perempuan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jinak-jinak merpati


Pantun

PantunSumberTema
Payah sungguh orang menekat, Dibolak-balik tiada berhenti; Payah sungguh abang memikat, Jinak adik jinak merpati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sarat Merpati membawa mengkudu, Jinak merpati makan padi; Hasrat hati melayar rindu, Tanak nasi tidak menjadi.Pantun Melayu SarawakKasih
Tanak nasi buah berangan, Buat bekal pergi ke hulu, Jinak merpati makan di tangan, Lembut suami ditatang selalu.Pantun Melayu SarawakNasihat
Burung merpati terbang ke Perlis, Singgah hinggap ranting buluh; Sungguh jinak tangkap tak boleh, Seperti lalat hinggap ke tubuh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas