Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jo.hor] | جوهور

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), busuk-busuk jeragar, sebusuk, Cassia siamea; 2. sj tumbuhan (pokok), bulu-bulu, lemak ketam, membulu rimba, Pellacalyx saccardianus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jo.hor] | جوهور

Definisi : negeri di selatan Semenanjung, keluasan 18 985 km2, Johor Bahru sebagai ibu negeri, Darul Takzim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata johor

Puisi
 

Johor Bahru Tanjung Puteri,
     Angin berhembus di Barat Daya;
Jangan dikejar gunung berlari,
     Hilang kabus nampaklah dia.


Lihat selanjutnya...(25)

Pantun

PantunSumberTema
Johor Bahru Tanjung Puteri, Angin berhembus di Barat Daya; Jangan dikejar gunung berlari, Hilang kabus nampaklah dia.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Johor Bahru ibu negeri, Sultan Mahmud raja mulia; Berapapun cerah matahari, Bulan juga membawa cahaya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Johor Bahru jalan bertambak, Tempat anak Raja Temenggung; Bukan baharu saya berkehendak, Memang tatkala ibu mengandung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang menembak Johor Lama, Asap sampai Johor Bahru; Hajat hati sudah lama, Nak cakap takut malu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari Johor ke Pulau Lingga, Esoknya balik membawa ijuk; Hatiku hancur tidak terkira, Menengok adik suka merajuk. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dari Johor ke Pulau Bentan, Tiba di Daik membeli cuka; Hatiku hancur bukan buatan, Menengok adik bermasam muka.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dari Johor membawa gula, Pasang datang sampan tenggelam; Hatiku hancur membawa gila, Mengenang abang siang dan malam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dari Johor pergi ke Daik, Pasang surut barulah singgah; Hatiku hancur menanti adik, Hendak diturut tak tahu arah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Seri Johor nama negeri, Sultan Ismail raja yang mulia; Alangkah terangnya matahari, Bulan juga membawa cahaya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Dari Johor ke Majapahit, Singgah semalam di Pulau Bentan; Sudah masyhur nama yang baik, Barulah bertuah permintaan badan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
123

Kembali ke atas