Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; menjolok 1. menusuk (merodok) sesuatu dgn galah dll supaya gugur, menusuk ke dlm lubang dll: kalau engkau hendak ~ buah rambutan itu carilah galah yg panjang sedikit; 2. memasukkan jari tangan ke dlm lubang hidung (kerongkong dll); 3. me­mancing-mancing keterangan dll drpd orang, mengajuk atau menduga (hati orang); ~ alang (orang) yg sangat tinggi; ~ anak menggugurkan kandungan; ~ hati mengajuk hati; ~ mata a) sangat jelas kelihatan, sangat nyata; b) memberi malu, menyakitkan hati; ~ sarang tebuan prb melakukan sesuatu yg mendatangkan bahaya; yg dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas prb keuntungan yg diharap-harapkan tidak didapat, sedangkan modal atau alat utk mendapatnya hilang juga; menjolokkan menjolok utk; jolokan perbuatan menjolok (memancing-mancing keterangan dll, menduga hati orang dsb): dia dapat berasa ~nya tentang tang­gungjawab Yang Berhormat itu terhadap rakyat telah mencuit hati orang besar itu; penjolok galah dll utk menjolok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jolok
Kata Terbitan : menjolok, jolokan,

Puisi
 

Ambil galah jolok limau,
     Limau jatuh atas paku;
Ditakdir Allah ditangkap harimau,
     Kalau hidup tak boleh kat aku.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Jolok nangka di kampung hilir, Berselang kain ke pasar lama; Jangan disangka pada yang lahir, Namun batin tak pernah sama.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Ambil galah jolok limau, Limau jatuh atas paku; Ditakdir Allah ditangkap harimau, Kalau hidup tak boleh kat aku.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Ambil galah jolok jantung, Jatuh sebiji tepi paya; Saudagar tidak beruntung, Hendak mengadu dagang saya.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Ambil galah jolok kedondong, Galah patah menimpa dahan; Bukannya salah ibu mengandung, Sudah nasib permintaan badan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bukan saya tolak buluh, Saya tolak batang padi; Bukan saya kehendak sungguh, Saya jolok nak tengok hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas