Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. hanya, tidak lain drpd, sahaja: walau macam mana sekalipun, kita ~ yg kalah; 2. kata utk memperkuat perkataan yg men­dahuluinya: Zaini tunduk dan tidak berkata sepatah ~ pun; ® juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tak lain drpd; hanya; saja: Tuhan ~ yg mengetahui. 2 kata utk memperkuat kata-kata yg mendahuluinya:Tiada seorang ~ pun yg tampil ke hadapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jua

Puisi
 

Siapa makan cubadak,
     Kulitnya tergantung jua;
Siapa adik teragak,
     Duduk bermenung jua.


Lihat selanjutnya...(42)
Peribahasa

Jangan puntung berasap jua.

Bermaksud :

Perselisihan (perkara) yang sudah selesai itu jangan diungkit-ungkit lagi.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

PantunSumberTema
Bukan jua bukit meruntuh, Bemban perbaik meruntuh jua; Bukan penyakit saja membunuh, Cinta dan kasih membunuh jua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Siapa makan cubadak, Kulitnya tergantung jua; Siapa adik teragak, Duduk bermenung jua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Halia ini tanam-tanaman, Di darat jua tumbuhnya; Dunia ini pinjam-pinjaman, Akhirat jua akan sungguhnya.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Tinggi Bukit Langgang Puan, Tempat kemuning rampak jua; Buat sembilan pulau sembilan, Lenggangnya kini nampak jua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Penatlah saya menanam padi, Sayang keladi dipatah jua; Penatlah saya menahan hati, Wajah tuan terbayang jua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apakah lilin di biduk, Namun gala-gala jua; Apakah kirim mande esok, Anak berurai air mata jua.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Tiup api di Gunung Ledang, Abu-abunya kutampi jua; Niat hati dari bujang, Balu-balunya kuambil jua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tanamlah bunga tidak berbunga, Tanam ke darat berbunga jua; Di dalam dunia tidak bersama, Di dalam akhirat bersama jua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau tak dapat mandi perigi, Mandi permatang nak mandi jua; Kalau tak dapat tahun ini, Tahun akan datang nak balik jua.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Sungguh minyak menerangkan pelita, Hendaklah jua panjang sumbunya; Sungguhpun banyak sahabatnya kita, Hilang satu pilu rasanya.Kurik Kundi Merah SagaAdat
1234

Kembali ke atas