Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jua.dah] | جواده

Definisi : 1. sj kuih yg dibuat drpd beras pulut dll; 2. kuih atau penganan (secara umum); 3. bekal (berupa makanan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jua.dah] | جواده

Definisi : juak; juak-juak hamba raja yg mengiring raja atau yg membawa alat kebesaran raja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[jua.dah] | جواده

Definisi : 1 sj makanan yg dibuat drpd beras pulut. 2 kuih atau penganan (secara umum). 3 makanan utk bekal; bekal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
juadah
Rujuk :makan, makanan,

Puisi
 

Belum dimakan jangan dijamah,
     Di atas meja hidangan juadah;
Beralih kain di balik rumah,
     Beralih cakap di balik lidah.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Syak fasik,
     yakin salih;
batu jadi juadah.

Bermaksud :

Dengan yakin maksud tercapai. fasik = jahat; salih = alim.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Penangan juadah di atas peti, Pinang selaya dari kota; Putuslah sudah harapan hati, Gugur berderai si airnya mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lain ketupat lainlah lepat, Jadi juadah amat termasyhur; Lain kujerat lain yang dapat, Nasi pun sudah menjadi bubur.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buku tebu dibelah-belah Dapat gula dibuat juadah; Buka buku baca sejarah, Siapakah pendatang di bumi bertuah?Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Tudung saji dibawa orang, Kerana banyak kuih juadah; Untung sekali kakanda datang, Bila tidak kasih berpindah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang berlari membawa mangkuk, Berisi penganan serta juadah; Abang seperti buah yang busuk, Manakan ada orang menjamah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Belum dimakan jangan dijamah, Di atas meja hidangan juadah; Beralih kain di balik rumah, Beralih cakap di balik lidah.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa

Kembali ke atas