Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; juak-juak hamba raja yg mengiringi raja atau membawa alat kebesaran, biduanda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
juak
Kata Terbitan : berjuak, menjuak, penjuak,

Puisi
 

Minum kopi tidak bergula,
     Pahit-pahit diminum juak;
Kalau hati bersama cinta,
     Baiklah baik diikut juak.


Lihat selanjutnya...(24)

Pantun

PantunSumberTema
Sangatlah sayang juak selasih, Sangatlah sayang juak selasih, Rendam secupak menjadi segantang; Sekiralah dulu juaklah kasih, Dahululah kasih bukan kepalang, Sekarang menjadi harimau garang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pinang orang pinangku juak, Jika diumbut putih akarnya; Tunang orang tunangku juak, Kalau dirabun putih matanya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Minum kopi tidak bergula, Pahit-pahit diminum juak; Kalau hati bersama cinta, Baiklah baik diikut juak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak bunga tidak berbunga, Tanam ke darat berbunga juak; Dalam dunia tidak bersama, Dalam akhirat bersama juak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tetak juak si buluh pulau, Pakai menjolok sarang tebuan; Genjukku tangan dari pulau, Niatku mati di pangku tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Nyindung juak nyindung bukit kedondong, Hari nan hari menanam lada; Fasal sahaja bukit melindung, Harilah hari berpandang mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ke darat menebang juak tukas, Tukas kutebang tepi jeraya; Laksana dakwat dengan kertas, Samalah hancur sama binasa.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Minuman meminta bunuh, Memintanya bebas dengan juak kain; Jikalaunya tuan benar sungguh, Haram tiada cinta ke lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bi Semat di kepala tangga, Cubalah juak menabur padi; Beri alamat kepada kamek berdua, Dapatlah kamek berdua menghibur hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Wak-wak di pucuk pumpung, Mengirai-ngirai bulu dadanya; Sudah juak di pintu kampung, Berderai-derai air matanya.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
123

Kembali ke atas