Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jua.lan] | جوالن

Definisi : 1. barang-barang yg dijual, dagangan: hasil tanamannya adalah utk ~; 2. berjualan; ~ garaj jualan barang-barang peribadi yg sudah digunakan, di kawasan rumah seseorang (biasanya di garaj); ~ lambak jualan pelbagai barang, biasanya dgn harga yg murah; ~ langsung jualan sesuatu barangan secara terus oleh pengedar kpd pengguna; ~ lelong jualan sesuatu barangan dgn harga yg sangat murah, biasanya si penjual memanggil-manggil pe­langgan; ~ murah jualan barang-barang dgn tawaran potongan harga yg agak banyak; ~ penghabisan stok jualan yg dilakukan utk menghabiskan stok barang di sesebuah kedai, pasar raya dsb, biasanya dgn harga yg lebih murah drpd harga biasa; ~ singkat (Eko) jualan saham yg dilakukan oleh penspekulasi utk saham yg tidak dimilikinya bagi tujuan men­dapatkan keuntungan; ~ tender jualan barang dsb dgn cara membuat tawaran harga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jua.lan] | جوالن

Definisi : barang-barang yg dijual; dagangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jualan


Pantun

PantunSumberTema
Cukup tahun jualan murah, Kain berlonggok berguni-guni; Jati diri tidak rasuah, Susah dicari di masa ini.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Laris sungguh jualan peladang, Pisang masak dimakan budak; Ada keris simpan di dulang, Ditangas tidak dikemenyan pun tidak.Pantun Melayu SarawakNasihat
Orang berniaga semalam-malaman, Apa jualan pulut berinti; Hidup di dunia buat amalan, Untuk bekalan akhirat nanti.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Banyak terdapat di kedai Jamilah, Cukup tahun jualan murah; Tidak tercucuk jarum sebilah, Jati diri tidak rasuah.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa

Kembali ke atas