Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.rai] | جوراي

Definisi : 1. jalur (kain dll) yg panjang, lajur: rangka bentuk dibuat drpd ~ besi tuang yg tebalnya ”; 2. ikat benda yg terjuntai (spt benang, rambut, dll); 3. susunan yg berturut-turut, rangkaian: Haeckel telah menyelidiki ~ keturunan alam haiwan; ~ keturunan raja-raja; ~-jemarai jatuh bertitik-titik: hujan panas ~-jemarai; berjurai 1. mempunyai jalur (bahagian yg berjalur): tegakkan di atas kuburku bendera ~ dua, sejurai hadapkan ke rumah marhum ibuku, sejurai hadapkan ke laut; 2. = berjurai-jurai, terjurai berumbai-rumbai, berjumbai-jumbai: pokok itu diselaputi urat yg ~; 3. = berjurai-jurai, berjuraian jatuh bertitik-titik, berderai-derai (bkn air mata, peluh); menjurai Kl memotong (kuih dll) dgn memanjang; juraian sesuatu yg terjuntai: dia merengus dan jemarinya menyirati ~ rambut separas bahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.rai] | جوراي

Definisi : 1 jalur (kain dll) yg panjang; lajur. 2 ikatan benda yg berjuntai (rambut dll). 3 susunan yg berturut-turut; rangkaian; rentetan: ~ keturunan raja-raja. berjurai bergantung berumbai-rumbai; berhelai-helai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jurai (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalur: lajur

2. Bersinonim dengan juntai: jumbai, rumbai,

Kata Terbitan : berjurai, berjurai-jurai, berjurai-jurai, berjuraian,


Pantun

PantunSumberTema
Apa guna pelita minyak, Sumbu kain berjurai-jurai; Apalah guna harta yang banyak, Kalau teringin maksud tak sampai.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat

Kembali ke atas