Mak Ainun anak dara, Petik mengkudu buah bidara; Konon nak jadi jutawan segera, Asyik menipu masuk penjara. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Kereta kita Proton Saga, Tujuh jenama keluaran Negara; Biar pandai berurus niaga, Mimpi jangan jutawan segera. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Kerbau banyak makan sekawan, Belanak bertutu ikan haruan; Aku ini igau-igauan, Anakku banyak jadi jutawan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Mogok sana mogok sini, Konon tuntut kedamaian Negara; Sogok sana sogok sini, Kerana nak jadi jutawan segera. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Bermain-main berjalan-jalan, Naik basikal berkawan-kawan; Mula berdagang kecil-kecilan, Menempah nama jadi jutawan. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |