Susah payah memetik kacang, Kacang ada di sawah bendang; Usah mengharap kasihnya orang, Ada musim baru bertandang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Bukan kacang sebarang kacang, Kacang melilit di ranting kayu; Bukan datang sebarang datang, Datang menyambut pengantin baru. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bukan kacang sebarang kacang, Kacang melilit di pohon kayu; Bukan datang sebarang datang, Datang jemput kerana malu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kacang sepat kacang melata, Kacang melata di atas kota; Orang berempat sebaya saja, Salah satu kuambil juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kacang hijau kacang merah, Ditanam orang di lereng bukit; George Chan segera diberi anugerah, Anugerah teringgi dari Kelabit. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Kacang hijau diberi gula, Sudah masak jadi penganan; Abang risau hati menggila, Kekasih lesap dibawa orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kacang hijau diberi gula, Sudah masak jadi penganan; Abang risau hati menggila, Dah lama tegak menanti tuan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kacang hijau di dalam talam, Dibuat penganan lazat sekali; Abang mengigau siang dan malam, Mengingat tuan tambatan hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kacang melilit di tanah rata, Ambil dimasak bersama timun; Dia masam sebelum ditegur, Bila ditegur dia tersenyum. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Kacang kelisa tumbuh di dusun, Tumbuh sepohon di tiang layang; Kami menyambut bersusun-susun, Kerana meraikan pengantin datang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |