Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj alat (spt gunting) yg sendinya di hujung (utk membelah pinang dll); gigi ~ gigi utk memotong yg terletak di hadapan gigi taring pd mamalia; mengacip 1. mengerat, membelah (dgn kacip); 2. menyepit atau mengapit dgn sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kacip I

Puisi
 

Sayang Cik Amat tukang Kelantan,
     Kacip besi dengan besi;
Kurasa kiamat di dalam badan,
     Jantung berperang dengan hati.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Kacip baling ke bulan, Bintang tidak meninggi hari; Saya ke mari menghadap tuan, Tuan nak tolak ke mana lagi.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kalau kacip sudah dibuka, Buah pinang nan ditunangnya; Kalau aib sudah ke muka, Kalau menangkan imbangnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kerana kacip disangka pisau, Banyaklah pinang dilantak ulat; Kerana khatib suka meracau, Banyaklah orang tidak berjumaat.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sudahlah kacip dibawa orang, Sirih yang ada tidak berkapur; Sudahlah nasib celaka malang, Kekasih disapa tidak menegur.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Waktu menteri berdagang kacip, Para pembesar berjaja pinang; Pilulah hati mengenang nasib, Mentua kasar lakinya garang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang pinang tentu berkacip, Kacip bongok kepala emas; Abang datang mengadu nasib, Nasib elok cinta berbalas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sayang Cik Amat tukang Kelantan, Kacip besi dengan besi; Kurasa kiamat di dalam badan, Jantung berperang dengan hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Itik tuk tanjung, Ambil benang buat koyak; Adik putih ngelek buyung, Kacip pinang abang sepiak.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Itik tuk ti itik tuk tanjung, Buah nanas santan tempoyak; Adik putih mengelek buyung, Kacip pinang bagi sepiak.Kurik Kundi Merah SagaJenaka

Kembali ke atas