Encik Leman menunggang kuda, Bawa kuda di bawah bukit; Iman jatuh kerana kakanda, Kakanda bimbang bukan sedikit. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah betik buah yang rendang, Mari kukupas dengannya kuku; Kakanda balik berjalan seorang, Mari dihantar sampai ke pintu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Kalau memanah burung helang, Bolehkah tidak dia mengena; Kalau kakanda datang meminang, Adakah adinda sudi menerima? | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Baju hitam kancing tujuh, Mari letak tepi dulang; Kalau kakanda berani sungguh, Ambil saya di tangan orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tudung saji dibawa orang, Kerana banyak kuih juadah; Untung sekali kakanda datang, Bila tidak kasih berpindah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Pokok nyiur di tepi laut, Anak sembilang di bawah batang; Kakanda tuan melangkah laut, Dualah pulang tiga datang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jangan dolok bertanam pisang, Tanamlah pisang tepi perigi; Jangan dolok kakanda pulang, Biarlah kita sampai ke pagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ambil kerusi dalam puan, Alun-alun tepi jeraya; Sampai hati kakanda tuan, Dibuang lalu kepada saya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga kalas dibubuh baja, Dipetik oleh mem Serani; Tidak terbalas budi kakanda, Berapa jauh datang ke sini. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Lotong-lotong bunyi rebana, Layang-layang talinya benang; Kami bertanya pada kakanda, Langit bergantung mana talinya? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |