Pisau raut perancung kalam, Kalam dirancung empat segi; Di tengah laut harimau mengeram, Kucing mengiau di Pauh Janggi. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Awak di mana kalam? Kalam di rumah tukang surat; Mengeluh juga tengah malam, Sakit nan tidak dapat ubat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Budak-budak meruncing kalam, Makin diruncing makin tajam; Setitik dakwat nak perintah kalam, Adakah nyamuk nak perintah alam. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Asah-asah tajam kalam, Mari ditulis di kertas Cina; Sungguhpun tetak patah di dalam, Syarat ubat carinya kena. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Apabila duduk menulis, Jangan mematah kalam; Apabila duduk di majlis, Jangan berlidah tajam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Hendak berjalan parang tak ada, Hujan lebat badanku basah; Hendak berpesan orang tak ada, Berkirim surat kalam pun patah. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |