Kalaupun daun ada uratnya, Tidak dapat meniti buluh; Kalaulah racun ada ubatnya, Tidak kan dapat menjadi sembuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Berdiri tegak di kapal, Berjumbal meranti jomat; Kalaupun jadi tidakkan kekal, Kalaupun kekal tidak selamat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Cik Pandan pergi ke seberang, Membeli tauhu dengannya ikan; Kalaupun tidak dikenang orang, Tuhan mengetahui iakah bukan. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Kalau tidak lembu Pak Jamal, Masakan badan hancur dan lumat; Kalaupun tidak ilmu dan amal, Bilakan badan boleh selamat? | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Boleh saja makan sedikit, Walau sedikit membawa kenyang; Kasih hamba bukan penyakit, Kalaupun sakit kerana abang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |