Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.cil] | کنچيل

Definisi : 1. sj mamalia menceruh yg kecil, tidak bertanduk yg terdapat di bahagian tropika Asia dan Afrika Barat; 2. ki orang yg cerdik (pintar); akal ~ tipu muslihat yg licin, cerdik (dgn tipu muslihatnya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.cil] | کنچيل

Definisi : 1 nama sj binatang seakan-akan pelanduk tetapi lebih kecil, Tragulus pygmoeus. 2 ki orang yg cerdik atau pintar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kancil

Peribahasa

Gajah berak besar,
     kancil (= pelanduk) pun hendak berak besar,
akhirnya mati kebebangan.

Bermaksud :

Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. kebebangan = tertahan; tidak dapat terus keluar; juga terbebang.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Anak kancil memungut jambu, Sudah kenyang lari ke hutan; Sejak kecil menuntut ilmu, Supaya senang hari kemudian.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Anak kancil tegak menengkar, Kena sepak lari mengerang; Sejak kecil banyak belajar, Supaya kelak menjadi orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Anak kancil diluru tupai, Lumpuh kaki jalan merangkak; Awak jahil mengaku lebai, Disuruh mengaji nafas pun sesak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Berebut beruk merendam labu, Kancil marah buntal bersorak; Terkentut datuk dalam kelambu, Katil patah bantal berselerak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas