Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.dis] | کنديس

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg masam buah­ nya) dlm famili Guttiferae, asam gelugur, lulai, manggis hutan, bebata (Sabah), sikop (Sarawak), Garcinia spp.; ~ gajah sj tumbuhan (pokok), Garcinia nervosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.dis] | کنديس

Definisi : ark manis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kandis

Puisi
 

Asam kandis asam gelugur,
     Ketiga dengan asam rumbia;
Hati menangis di pintu kubur,
     Kerana nak balik dalam dunia.


Lihat selanjutnya...(19)

Pantun

PantunSumberTema
Buah tebu disangka kandis, Terlebih kandis di dalam puan; Gula madu disangka manis, Lebih manis wajahmu tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah kandis luruh di hilir, Dimakan orang tidak bergaram; Hendak manis luar bibir, Manis tak hendak rasa ke dalam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Asam kandis buah papaya, Hendak dimakan bersama kelapa; Hati sedih tidak terkira, Kerana lama tidak berjumpa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Asam kandis buah di hutan, Limau purut batang berduri; Tipu daya kehendak tuan, Tidak menurut rosak hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Asam kandis asam geligir, Taruh mari di dalam dulang; Mulutnya manis di luar bibir, Manis tidak sampai jua ke tulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukan asam sebarang asam, Asam kandis dari seberang; Bukan hitam sebarang hitam, Tidak puas mata memandang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas