Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (herba yg hidup di air dan dibuat sayur), Ipomoea reptans; ~ bulu sj tumbuhan (herba yg melilit), selepat tungau, Ipomoea triloba; ~ gajah sj tumbuhan (pokok memanjat) akar cabang limah, akar papan, Vitis lanceolata; (akar) ~ laut sjtumbuhan (pokok memanjat) keledek hutan,akar lanar, Ipomoea digitata; ~ puteri sj tum­buhan (herba air) akar keman hantu, kemangajah, Neptunia prostrata; merayap-rayap spt ~ di ulak jamban prb a) cepat bertambah besar (kanak-kanak dll); b) cepat berkembang biak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kangkung I

Puisi
 

Gulai kangkung gulai gumbiling,
     Sayang kucai berkudut-kudut;
Amunku batah tinggal seorang,
     Kampung usai menjadi kusut.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Bagai ikan lampam di ulak jamban.

Bermaksud :

Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat. (Peribahasa lain yang sama makna: Merayap-rayap seperti kangkung di ulak jamban).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Penggal kangkung penggal lada, Jatuh selerak dalam dulang; Tinggal kampung tinggallah adinda, Abang membawa nasib malang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Gulai kangkung gulai gumbiling, Sayang kucai berkudut-kudut; Amunku batah tinggal seorang, Kampung usai menjadi kusut.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pucuk kangkung di Pasir Pauh, Banyak buih di Pulau Pinang; Lenggok lenggang dari jauh, Perutku lapar menjadi kenyang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pucuk kangkung batang jerami, Bunga padi di Tanah Daik; Sudah tak sanggup dengan kami, Cari ganti tempat yang baik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Petang-petang mengutip kangkung, Sudah dipetik dibawa pulang; Sungguh udang tahi dijunjung, Besar nama dari belukang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Budak-budak memetik kangkung, Bawa balik Tanjung Jati; Hari petang matahari condong, Siapa melihat berpilu hati.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Banyak orang menanam kangkung, Saya seorang menanam serai; Malam ini kita sekampung, Esok hari kita bercerai.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Malam ini menggulai kangkung, Malam esok menggulai serai; Malam ini kita berkampung, Malam esok kita bercerai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Taruh mari di dalam kangkung, Lilit banyak di dahan gelugur; Kalau sudah bacang gantung, Sampai kering tak mahu gugur.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sarang penyengat di pucuk kangkung, Ada sebelah di dalam cawan; Ingat-ingat muda sekampung, Mata sebelah mencari lawan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas