Elok menebang dengan kapak, Kapak patah diganti parang; Elok memandang orang sopak, Sopak bertuah bagai dikarang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kapak sekali ini, Entah membelah entahkan tidak; Berdagang sekali ini, Entahkan kembali entahkan tidak. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Ambil kapak belah ke kundur, Baik terbelah si ibu kaki; Walau setapak saya tak undur, Itu adat anak laki-laki. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Ambil kapak tebang ke kempas, Batang selasih condong ke lubuk; Tunang orang janganlah rampas, Nantilah keris makan rusuk. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Asah kapak tajam beliung, Tebang mari kayu berduri; Tuanku umpama kemuncak payung, Patik di bawah berteduh diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Hilang kapak di dalam padi, Hilang dilamun para-para; Hilang bapak boleh diganti, Hilang ibu amat bicara. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Ambil kapak di tengah laman, Tanam sirih tepi telaga; Ibu bapa tentu tak berkenan, Sekalian waris pun tak suka. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Ambil kapak tebang kempas, Jatuh kaki haram tak luka; Surat adik abang tak balas, Pantun abang jangan dilupa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila kerja berjaja kapak, Tentulah bersama batu asahnya; Apabila setia menjaga bapak, Tentu Allah memberi kurnia-Nya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Cik Sabtu mengasah kapak, Buat pagar tepi sempadan; Begini lama senjata kubawa, Belum jejas daging di badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |