Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kapal;

Puisi
 

Kapal dagang kapal Bugis,
     Kapal hendak ke negeri China;
Dulu tak cukup sekarang tak habis,
     Adik ini nak buang ke mana?


Lihat selanjutnya...(94)
Peribahasa

Kapal besar ditunda jongkong.

Bermaksud :

Orang yang berkuasa menurut perintah orang bawahan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Pantun

PantunSumberTema
Kapal kecil kapal besar, Kapal tak pernah naik haji; Dari kecil hingga besar, Saya tak pernah mungkir janji.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kapal dagang kapal Bugis, Kapal hendak ke negeri China; Dulu tak cukup sekarang tak habis, Adik ini nak buang ke mana?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kapal kolek si kapal kecil, Kapal datang dari Siam; Adik kecil abang pun kecil, Kita tunggu tahun depan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Empat puluh kapal Peringgi, Kapal nak masuk benua China; Teguh-teguh berpegang janji, Saya nak masuk bergadai nyawa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kapal belayar tengah lautan, Tenggelam timbul pukul taufan; Datang ribut barat selatan, Belum saya buang muatan.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Kapal belayar dari Melati, Hendak membawa barang tembaga; Kalau belayar lautan api, Memang berani berbuang nyawa.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Kapal layar bertiang tiga, Tiang keempat batang galah; Ikhtiar ilmu bahagian kita, Hasil pendapatan di tangan Allah.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Kapal belayar sarat muatan, Nelayan di laut sedang memukat; Biar jauh seberang lautan, Kerana budi terasa dekat.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Kapal berlabuh nampaknya sayup, Sauh dibongkar layar berkembang; Kalau tak sabit angin bertiup, Masakan kelak pohon bergoyang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Kapal kecil roda lambung, Naik ke darat pasang teropong; Orang muda kacak melambung, Songkok senget saku kosong.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
12345678910

Kembali ke atas