Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kain pembungkus mayat (biasanya kain putih); hantu ~ hantu yg berbungkus; berkapan berbungkus (dgn kain kapan): mayat itu ~ kain putih; mengapan ark mendermakan kapan kpd orang yg kematian; mengapani membungkus mayat: bagi orang Islam, wajibnya mayat dikapani; mengapankan 1. membungkus mayat utk orang lain; 2. menggunakan sesuatu utk membungkus mayat, mengapani dgn sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kapan I

Puisi
 

Gurok semana-mana papan,
     Papan kutarah empat persegi;
Tuan laksana si kain kapan,
     Buruk tiada berganti lagi.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Jika ada kain kapan, Simpan dengan sehelai tikar; Jika ada rasa keinsafan, Insan kerdil ambillah ikhtibar.Pantun Melayu SarawakAgama
Baik melantun-lantun papan, Untuk tempat orang berhenti; Adik sepantun kain kapan, Buruk siapakah mengganti.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sayang laksamana berkota papan, Papan diturap empat persegi; Tuan umpama kain kapan, Buruk tidak berganti lagi.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Gurok semana-mana papan, Papan kutarah empat persegi; Tuan laksana si kain kapan, Buruk tiada berganti lagi.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Gelus semana-mana papan, Papan ditarah empat persegi; Tuan laksana si kain kapan, Buruk tiada berganti lagi.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Wangi sekali minyak nilam, Gunanya untuk bahan ramuan; Laki bini hendak bertikam, Mentua sibuk mencarikan kapan.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Angin bertiup bercampur embun, Ombak memukul dengan taufan; Apa guna harta bertimbun, Sudah mati selesai kapan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat

Kembali ke atas