Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.rat] | کارت

Definisi : selaput perang kemerah-merahan yg terbentuk pd besi oleh tindakan udara dan air: ~ besi; dimakan ~ berselaput dgn karat (rosak oleh karat); ~ hati ki perasaan jahat; berkarat 1. kena karat, ada karatnya: besi ~ besi yg sudah dimakan karat; 2. ki a) lama (tua); b) jahat; hati ~ jahat hatinya (perasaan­nya); mengaratkan menyebabkan (menjadi) ber­karat; karatan Jk 1. apa-apa yg telah berkarat (lama, tua); 2. ki a) buruk, lama, tua; b) jahat; pengaratan proses yg menyebabkan (menjadi) berkarat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.rat] | کارت

Definisi : 1. ukuran ketulenan emas (emas tulen ialah 24 karat); emas 20 ~ emas murni 20 bahagian dan logam-logam lain 4 bahagian; 2. unit berat bagi berlian, intan, mutiara; 3. ki mutu, nilai, kaliber (bkn orang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.rat] | کارت

Definisi : Kl; mengarat mengangkat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.rat] | کارت

Definisi : selaput atau lapisan berwarna kemerah-merahan yg melekat pd besi dll (kerana terdedah pd udara dan air). berkarat dimakan karat; diselaputi karat: besi ~ berlaku apabila besi yg sudah dimakan karat. mengaratkan menyebabkan atau menjadikan berkarat. pengaratan proses (perbuatan) dimakan karat: ~ berlaku apabila besi berpadu dgn udara lembap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.rat] | کارت

Definisi : 1 ukuran utk menentukan kadar emas: emas 24 ~ emas tulen (tidak bercampur); emas 20 ~ emas campuran yg terdiri drpd emas tulen 20 bahagian dan campurannya (logam-logam lain) 4 bahagian. 2 ukuran berat utk berlian (intan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karat (kata nama)
Bersinonim dengan selaput, kotoran, tahi, sisa, kerak;,
Kata Terbitan : berkarat, berkarat hati,

Puisi
 

Asap api jauh ke darat,
     Tempat orang menganyam kulit;
Hina besi kerana karat,
     Hina dagang tidak berduit.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Retak karat kepada baja, Retak galah terbelah dua; Minta daulat kepada raja, Minta petua kepada nan tua.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Buruk parang dimakan karat, Dibawa berjalan ditertawakan orang; Buruk orang melupakan adat, Sesama ternan bicara temberang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Buruk parang dimakan karat, Dibuat senjata tak ada faedah; Buruk orang melupakan adat, Nasihat dilanda petua disanggah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Buruk parang dimakan karat, Sekali pakuk matanya sumbang; Buruk orang melupakan adat, Diberi petunjuk muka berpaling.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Buruk parang dimakan karat, Sekali cencang tentulah patah; Buruk orang melupakan adat, Dipercayai orang laku menyalah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Buruk parang dimakan karat, Dibawa ke ladang tidak berguna; Buruk orang melupakan adat, Dituakan orang membawa bencana.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Buruk parang dimakan karat, Sekali asah tidakkan tajam; Buruk orang melupakan adat, Hati pemarah bertindak kejam.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Buruk parang dimakan karat, Dibuat menebas tiada menelap; Buruk orang melupakan adat, Sifat beringas hati pun gelap.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Buruk parang dimakan karat, Bila menebang tentulah patah; Buruk orang melupakan adat, Muka belakang laku menyalah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Buruk parang dimakan karat, Besi rosak hulu pun goyang; Buruk orang melupakan adat, Hati kemak malu pun hilang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12

Kembali ke atas