Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp 1. beri, bagi; 2. membuat supaya; ®kasih III. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = mengasi bp tidak menegah; membiarkan; membenarkan; memberikan: Siapa yg ~ wang itu kpdnya? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kasi (kata kerja)
Bersinonim dengan beri, bagi, bahagi, sedekah, agih, bak, kurnia;,

Puisi
 

Kecil-kecil buah cemponek,
     Kasi makan anak Cik Batak;
Sudah berpesan datuk nenek,
     Ayam garang kepala botak.


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

PantunSumberTema
Daging punai dalam dulang, Kasi makan Datuk Temenggung; Jangan bawa resmi udang, Ekor berdetik tahi dijunjung.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Kecil-kecil buah temponek, Kasi makan anak Cik Batak; Sudah berpesan datuk nenek, Ayam garang kepala botak.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Sayang delima masak merkah, Kasi makan raja di Daik; Buah tinggi apa diranggah, Tunggu masak bukankah baik?Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Sayur labu digulai hangit, Kasi makan orang seberang; Beratus ribu bintang di langit, Tiada bulan cahaya tak terang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Ambil bakul isi buah, Kasi makan orang di Deli; Sepuluh kali pancing bertuah, Ikan tidak serahkan diri.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kalau benar tuan nak mandi, Kain jangan kasi nila; Kalau benar tuan nak jadi, Permainan jangan kasih dimula.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rumah limas bertangkal-tangkal, Bawa mari pergi ke Makkah; Abang dah kasi emas sejengkal, Bila pula kita nak nikah?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah sentul buah kecapi, Buah salak dalam dulang; Jangan pukul jangan dimaki, Kasi talak hantar pulang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Tanam keledek dari Klebang, Bawa sebiji buah kelapa; Memang adik sayangkan abang, Abang pula nak kasi apa?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas