Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kasih (kata kerja)
1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara,
Berantonim dengan benci

2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati,
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani,

Puisi
 

Bagaimana nak tanam selasih,
     Tanamlah mari di rumpun keladi;
Bagaimana hati nak kasih,
     Kasih bercampur denganlah budi.


Lihat selanjutnya...(296)
Peribahasa

Badan bersaudara;
     emas perak tiada bersaudara;
kasih saudara sama ada,
     kasih bapa menokok harta yang ada,
kasih ibu sama rata;
     kasih sahabat sama binasa.

Bermaksud :

Bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan, tetapi dengan mudah juga dapat diceraikan, kerana orang lebih mengutamakan harta-benda.

 

Lihat selanjutnya...(44)

476

When poverty comes in at the door, love flies out of the window

Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap.

Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.

She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door!

Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

PantunSumberTema
Bukan pilih sebarang pilih, Pilihan mengganti guru bahasa; Bukan kasih sebarang kasih, Kasih bersemai antara bangsa.Pantun Melayu SarawakSetia Kasih
Bukan upih sebarang upih, Upih pinang tidakkan pecah; Bukan kasih sebarang kasih, Kasih abang takkan berubah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan selasih sebarang selasih, Selasih ini ada gunanya; Bukan kasih sebarang kasih, Kasih kami nyawa padahnya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan selasih sebarang selasih, Selasih ini banyak gunanya; Bukan kasih sebarang kasih, Kasih kami banyak maknanya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan selasih sebarang selasih, Selasih ini menjadi ubat; Bukan kasih sebarang kasih, Kasih kami sampai ke lahat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan selasih sebarang selasih, Selasih ini sudah terbilang; Bukan kasih sebarang kasih, Kasih kami sampai ke tulang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Banyak selasih perkara selasih, Selasih mati ditimpa galah; Banyak kasih perkara kasih, Kasih sejati kepada Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyak sirih perkara sirih, Sirih ini berdaun hati; Banyak kasih perkara kasih, Kasih ini meracun hati.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Pauh jatuh bertindih-tindih, Jatuh bertindih tidak dipungut; Jauh berhayal mengutip kasih, Kasih tercicir dikutip semut.Pantun Melayu SarawakKasih
Jika antah sudah disisih, Masak gulai kurangkan sirap; Jika tak pandai meletak kasih, Kasih orang jangan diharap.Pantun Melayu SarawakNasihat
12345678910...

Kembali ke atas