Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kasih (kata kerja)
1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara,
Berantonim dengan benci

2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati,
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani,

Peribahasa

Kasih saudara sama ada,
     kasih bapa menokok harta,
kasih ibu sama rata,
     kasih sahabat sama binasa.

Bermaksud :

Kasih yang sama beradalah kasih yang sempurna, sebab biar bagaimanapun kasih seseorang itu akan kawannya namun kerana harta akan bercerai juga akhirnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Burung merpati beranak tunggal, Mati dibela di kaki meja; Ibu mati bapa tinggal, Mana tempat tumpang bermanja?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung merpati bertelur tunggal, Menetas anak turun ke paya; Ibu mati bapa pun meninggal, Di manalah tempat kami nak bermanja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas