Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kata-kata

Puisi
 

Mengapa adik menjahit baju,
     Menjahit kain si banyak lagi;
Mengapa adik kata begitu,
     Kata yang lain banyak lagi.


Lihat selanjutnya...(70)
Peribahasa

Seperti bunyi gung tertangkup.

Bermaksud :

Kata-kata yang tidak jelas.

 

Lihat selanjutnya...(65)


Pantun

PantunSumberTema
Kata tua kata berpadan, Berpadan kata dengan isinya; Hina bangsa tiada pedoman, Badan hina hilang budinya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata adat kata terpuji, Tidak ada kata terbuang; Kita seadat serta sehati, Rosak nama bilang bersilang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata adat kata berisi, Tidak ada kata terbuang; Kita seadat sama senegeri, Tegak setara muka belakang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata penegas, Penegas adat dengan lembaga; Hina bangsa suka berkeras, Berkeras cepat membawa bala.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata penyejuk, Penyejuk hati penenang jiwa; Hina bangsa suka merajuk, Merajuk lari membuang nama.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata bertuah, Tuah melekat seisi alam; Hina bangsa kerana lemah, Lemah akibat tidak sefaham.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata bermanfaat, Banyak manfaat dapat dirasa; Hina bangsa tiada muafakat, Tidak muafakat umat binasa.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata bermalu, Malu berbuat kerja menyalah; Hina bangsa kerana berseteru, Seteru membuang berpecah belah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata bersendi, Sendinya Quran berserta sunah; Hina bangsa kerana keji, Keji berkawan gila memerintah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata tersirat, Tersirat isi dalam maknanya; Hina bangsa menista adat, Adat ke tepi padam akhlaknya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12345678910...

Kembali ke atas