Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ti] | کاتي

Definisi : ukuran berat yg sama dgn 16 tahil; se~ sama berat, diuji sama merah prb sama tinggi darjatnya; mengati menimbang dgn kati; katian bp timbangan kati, ditimbang dgn kati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ti] | کاتي

Definisi : sj tumbuhan (pokok memanjat), sekati lima, Aganosma marginata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ti] | کاتي

Definisi : satuan ukuran berat yg beratnya 16 tahil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kati

Puisi
 

Hanyut kayu dari bukit,
     Dari gunung berkati-kati;
Segunung budi bukan sedikit,
     Tidak tertanggung sampai ke mati.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Kati-kati dalam perahu, Anak punai merah matanya; Luka hati siapakan tahu, Luka tangan tampak darahnya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cendawan dijual berkati-kati, Buah kundur, niji kopi; Tuan selalu di dalam hati, Dalam tidur termimpi-mimpi.Pantun Melayu SarawakKasih
Hendakku raut juga, kuraut juga, Ikan parang kati, jual berkati; Hendak kusahut juga, ku sahut juga, Takut Mak Gendang hati, berkecil hati.Pantun Melayu SarawakBergendang
Bukan gaharu tumbuh sebatang, Dijual orang berkati-kati; Bukan tak tahu kekasih orang, Cinta bersemadi di dalam hati.Pantun Melayu SarawakKasih
Dari hulu orang berkayuh, Berjaja itik beribu kati; Dari dahulu abang menjauh, Di manakan adik mahu menanti.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hanyut kayu dari bukit, Dari gunung berkati-kati; Segunung budi bukan sedikit, Tidak tertanggung sampai ke mati.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Pergi seberang berangan-angan, Membeli ikan ditimbang kati; Banyak orang melarang jangan, Saya seorang mengikut hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Ani menahan pukat, Dapat ikan berkati-kati; Kalau hati sudah terpikat, Tak dapat lagi ditukar ganti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kayuh sampan sampai ke jati, Punggah barang berkati-kati, Bila sampai hajat di hati, Baru kupulang menabur bakti.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Ada satu burung tiung, Turun ke kolam mandikan anak; Bukankah baik beli borong, Timbang kati untung tak banyak.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan

Kembali ke atas