Kaum berkaum berpecah belah, Sekawan burung pohon beringin, Harum makanan rumah sebelah, Tuan kenyang menjamah angin. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |
Adik belajar menari, Tarian kaum bumi; Cerdik pandai dicari, Jadi guru kami. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Bukan mudah orang berhelat, Kaum kerabat harus dijemput; Bukan mudah memegang adat, Hukum muafakat harus diikut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Harum mewangi bunga selasih, Layu dipetik tengah hari; Kaum Kelabit berterima kasih, Harimau Berani gelaran diberi. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Parti Panas Parti Berjasa, Ketiga dengan Parti Pesaka; Berbilang kaum berbilang bangsa, Sama-sama mahu merdeka. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Hari ini hari Isnin, Besok hari Selasa; Jika masuk kaum muslimin, Mudah-mudahan terlepas seksa. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Hari ini hari Ahad, Besok hari Isnin; Mudah-mudahan nabi mengaku umat, Barulah masuk kaum muslimin. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |