Kawah kuali minta tudungi, Hendak berisi haruman padi; Kalau sekali kami ampuni, Jangan saja sekali lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Besarlah kawah orang mengukus, Pinggan kecil baranya besar; Besarlah tuah orang nan kurus, Badan kecil seleranya besar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Jurang bukit umpama kawah, Bila jatuh meratap hiba; 14 hari berlalu sudah, Penyelamat merendah hutan rimba. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Andainya ketupat sudah diisi, Cepat-cepat menjerang kawah; Andainya pangkat sudah tinggi, Ingat-ingat orang di bawah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |