Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ya.ra.ya] | کاي - راي

Definisi : kaya sekali (besar), sangat kaya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ya.ra.ya] | کاي - راي

Definisi : sangat kaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kaya-raya

Puisi
 

Pisang raya masak di raya,
     Pisang lilin masak di hujung;
Orang kaya sama kaya,
     Orang miskin mengadu untung.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

PantunSumberTema
Pisang raya samanya raya, Pisang kulilit masak di hujung; Tuan kaya samalah kaya, Kami miskin mencari untung.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pisang raya masak di raya, Pisang lilin masak di hujung; Orang kaya sama kaya, Orang miskin mengadu untung.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pisang raya masak di raya, Pisang burung masak di ujung; Yang kaya sama kaya, Yang miskin mencari untung.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pisang raya sama raya, Pisang lilin masak di hujung; Awak hendak sama kaya, Saya miskin mengadu untung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga raya merah menyala, Bunga lebih diisi karung; Abang kaya bertambah kaya, Hamba miskin dibawa untung.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Biarlah orang berhari raya Kita pergi merambah dahan; Biarlah orang mencari kaya, Kita mencari redanya Tuhan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Apa guna bunga raya, Kerana tidak berbau wangi; Apa guna rupa dan kaya, Kalau perangai tidak berbudi.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Kalau berjalan di jalan raya, Pakai sarung kebaya kasa; Kalau berkawan orang kaya, Asyik teringin hendak merasa.Pantun Melayu SarawakNasihat
Bersuka ria di hari raya, Pakai songkok pakai celana; Jangan terpedaya skim cepat kaya, Modal habis diri merana.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Dibelah dua diambil pati, Campur dengan bunga raya; Telah kutemui pencarian sejati, Cintai Allah yang maha kaya.Pantun Melayu SarawakPerantau

Kembali ke atas