Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.yu] | کايو

Definisi : 1 bahagian pokok yg keras yg digunakan utk membuat berbagai-bagai alat (perkakas rumah dll): ~ pohon getah tidak sekeras ~ pohon jati. 2 kata utk menyatakan nama beberapa jenis kayu: ~ ara; ~ jati. 3 yg dibuat drpd kayu: kerusi ~; rumah ~. ~ api kayu yg dibakar sbg bahan api. ~ balak batang kayu yg telah dipotong dahannya atau cabangnya. ~ bedik ist alat yg digunakan utk mengawal pergerakan kursor dgn menggerakkan rod yg dihubungkan pd komputer. ~ belantan gada (pemukul) yg dibuat drpd kayu. ~ gubal ist bahagian luar kayu pokok yg mengandungi sel-sel hidup dan bahan simpanan, spt kanji. ~ lapis kayu tipis yg berlapis dan berkeping-keping (utk dibuat almari dll). ~ manis nama sj pohon yg kulitnya berasa manis-manis pedas, Cinnamomum zeylanicum (iners). ~ pelontang kayu yg dpt mengapung atau timbul (kerana ringan), yg diikat pd tali kail. ~ pembaris kayu yg lurus dan bersenggat-senggat dgn ukuran (digunakan utk membuat garis lurus atau utk mengukur jarak). ~ putih nama sj tumbuh-tumbuhan yg drnya diperoleh minyak utk dibuat ubat, Eucalyptus spp.. ~ uji kayu yg runcing atau agak tajam hujungnya dan digunakan di dlm makmal utk menguji sesuatu gas (spt oksigen). kayu-kayuan, kayu-kayan berbagai-bagai jenis kayu; serba jenis kayu. berkayu 1 ada kayunya; berteras. 2 mencari kayu di hutan: pergi ~ pergi mencari kayu di hutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.yu] | کايو

Definisi : satuan ukuran kain yg panjangnya 18.288 meter atau 20 ela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kayu

Puisi
 

Kayu jelutung kayu di rimba,
     Mati bertimpa kayu kelat;
Sudah untung kita berdua,
     Umpama ikan dalam belat.


Lihat selanjutnya...(147)
Peribahasa

Kayu mati berpunggur,
     manusia mati biar bernama.

Bermaksud :

Hidup manusia hendaklah meninggalkan jasa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(79)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Banyak sungguh kayu di paya, Ada sebatang pokok meranti; Banyak sungguh anak dara, Ada seorang berkenan di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Ali menjual kayu, Orang di bukit menjual lada; Kalau teringat zaman dahulu, Rasa menitik air mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak beruk di kayu rendang, Meniti turun ke tepi paya; Hodoh buruk di mata orang, Cantik manis di mata saya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa payah mudik ke Jerai, Kayu mentolak nipis kulit; Apa susah kita bercerai, Ada umur kita berbalik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Batu belah pecah seratus, Pecah ditimpa kayu berangan; Demi Allah setelah kutulus, Sebelum berjanji lepas di tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung tekukur terbang seratus, Hinggapnya mari di kayu jati; Diukur serta dipirus, Kandaku jangan berjauh hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Asam paya tepi perigi, Mari diletak di kayu jati; Jangan percaya mulut lelaki, Berani bersumpah takut ke mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Angin bukan sebarang angin, Angin menyusur daun kayu; Nyanyi bukan sebarang nyanyi, Nyanyi menghibur hatiku rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak Cina memasang lukah, Lukah dipasang di kayu jati; Kasih sayang tidak berpisah, Ibarat rambut bersimpul mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak beruk sebesar lengan, Naik didukung si kayu kain; Sungguh buruk hatiku berkenan, Tak boleh ditukar yang lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas