Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kayu-kayu

Puisi
 

Kayu jelutung kayu di rimba,
     Mati bertimpa kayu kelat;
Sudah untung kita berdua,
     Umpama ikan dalam belat.


Lihat selanjutnya...(147)
Peribahasa

Kayu mati berpunggur,
     manusia mati biar bernama.

Bermaksud :

Hidup manusia hendaklah meninggalkan jasa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(79)


Pantun

PantunSumberTema
Rosak kerat binasalah kayu, Kayu binasa bahan terbuang; Rosak adat binasa Melayu, Melayu binasa dihinakan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sakit sungguh memotong kayu, Kayu yang hidup dimakan api; Sakit sungguh menanggung rindu, Daripada hidup biarlah mati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Janganlah suka menebang kayu, Kayu di rimba banyak manfaatnya; Janganlah hamba abang rayu, Merayu hamba banyak syaratnya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kayu selipat kayu di paya, Kayu mempayan condong ke padi; Keempat-empat muda sebaya, Ada seorang jatuh hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kayu pulai kayu kelapa, Tinggal keduduk kait-kait; Saya tinggal tidak mengapa, Awak duduk baik-baik.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kayu senduk kayu jati, Mari letak atas permatang; Nasi sejuk sudah basi, Nantikan tuan lambat datang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kayu jelutung kayu di rimba, Mati bertimpa kayu kelat; Sudah untung kita berdua, Umpama ikan dalam belat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Belian kayu hutan, Kayu paling tahan; Syaitan perosak iman, Musnah kehidupan.Pantun Melayu SarawakBudaya
Sakit menebang kayu gerumang, Kayu hidup dimakan api; Sakit menumpang kekasih orang, Badan hidup terasa mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Racik-racik kayu cendana, Kayu kira di dalam puan; Wahai cik adik abang nak tanya, Boleh tak kita berjual pantun.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas