Ke sana bukit sayang, ke sini bukit, Tengah-tengah berduri sayang, pokok berduri; Ke sana sakit sayang, ke sini sakit, Ke mana tempat diri, kubawa diri. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Hendak ke pulau ke pulau saja, Ke pulau jangan berdagang ubi; Hendak bergurau bergurau saja, Gurau jangan mengambil hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Nyiur manis condong ke Keling, Sudah ke Keling ke Jawa pula; Hitam manis duduk mengoleng, Sudah mengoleng ketawa pula. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Meluap ke sana meluap ke sini, Korek tanah korek lombing, Supa ke sana suap ke sini, Kontrak tak dapat kocek kosong. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Ke bilik ke dapur, Gulai ayam pedas; Itik yang bertelur, Ayam yang menetas. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Pergi ke pekan ke Pulau Datu, Cincin permata jatuh ke ruang; Adik berpesan di muka pintu, Air mata jangan dibuang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Sayang ke darat menahan pukat, Sayang ke padang ke Sungai Merah; Seperti kertas dengan dakwat, Sama menghancur sama mengalah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Itin angsa sama sejalan, Berenang pula ke sana ke mari; Adik umpama permata intan, Hilang ke mana kan hamba cari. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Naik ke darat ke Paya Padang, Bunga kenidai bunga kenanga; Jong sarat sudahlah pulang, Teluk Berantai ada gantinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Saya ke darat ke rumah Zaharah, Mari mengambil buah keranji; Biar kumati bertumpah darah, Namun menyerah tidak sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |