Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. ke jurusan belakang (surut, mundur, dll): menoleh ~; 2. ke bahagian belakang rumah (ke dapur dll): ia minta diri pergi ~ utk menjemput isterinya; 3. bh buang air besar atau kecil: saya hendak ~ sekejap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ke bahagian atau ke arah yg berlawanan dgn depan: Dia pergi ~. Dia menoleh ~ apabila mendengar seseorang memanggilnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ke belakang

Puisi
 

Sungai Apu air mengalir,
     Tempat orang menuba ikan;
Adik ke hulu abang ke hilir,
     Sama-sama tolak belakang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Sedepa jalan ke muka,
     setelempap jalan ke belakang.

Bermaksud :

Berusaha dengan tekad yang bulat; segala sesuatu selalu difikirkan untung ruginya. setelempap = selebar tapak tangan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

PantunSumberTema
Apa guna lilin dipasang, Bila apinya tidak menyala; Apa guna main belakang, Bila tidak berani ke muka.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sungai Apu air mengalir, Tempat orang menuba ikan; Adik ke hulu abang ke hilir, Sama-sama tolak belakang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari Pahang ke Kuala Lipis, Hajat hendak terus ke utara; Masa bertentang mulutnya manis, Bila belakang lain bicara.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari Pahang ke Kuala Lipis, Angin bertiup sebelah utara; Bila berdepan memanglah manis, Bila belakang lain bicara.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Taat laki sayang ke bini, Anak dibela berdada lapang; Adat berdiri tenang negeri, Tertolak bala muka belakang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tali kekang jatuh ke tanah, Larilah kuda lintang-pukang; Hati bimbang peluh menyimbah, Lakinya sudah main belakang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Singgah sebentar di Tanjung Puteri, Sri Aman ke Kuala Baram, Tidak menyesal di belakang hari, Hidup aman lagi tenteram.Pantun Melayu SarawakNasihat
Buat bekal mudik ke hulu, Singgah sebentar di Tanjung Puteri; Belum buat fikir dahulu, Tidak menyesal di belakang hari.Pantun Melayu SarawakNasihat
Tinggi hari orang berhenti, Hilang penat balik ke ladang; Tinggi hati membuang budi, Orang dekat balik belakang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat

Kembali ke atas