Apa dijeruk belimbin, asam belimbin, Kurang masin garam, tambahkan garam; Apa dijenguk dindin, di luar dindin, Kalau sudi ke dalam, masuk ke dalam. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Sudah melompat ke dalam kolah, Kolah itu bernama perigi; Saya tidak berhati resah, Sebab kita sudah berjanji. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau mengutip buah saga, Jangan dibuang ke dalam kolong, kalau hendak maju berniaga, Jangan terikat dengan Along. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Anak elang mati terkejut, Hilang campak ke dalam paya; Awaklah sayang hati terpaut, Orang menolak apalah daya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bila meniup bara api, Campakkan arang ke dalam abu; Bila hidup tiada berbudi, Banyaklah orang jadi seteru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adapun hajat sebenar hajat, Yakin sampai ke dalam kalbu; Adapun adat sebenar adat, Makin dipakai semakin baru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Besar kayu kerana uratnya, Urat menghunjam ke dalam tanah; Besar Melayu kerana adatnya, Adat resamnya membawa berakah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Dapat itik baru beranak, Anak tercebur ke dalam kuali; Teringat adik dadaku sesak, Awak menegur tidak berani, | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buah macang setangkai lebat, Jatuh mari ke dalam padi; Kalau putus tali penambat, Dia pulang tak balik lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Ikan haruan dipanggang tenggiri, Mari masuk ke dalam perahu; Jangan tuan menghina diri sendiri, Sama saja badan berbau. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |