Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ke dua

Puisi
 

Dua kali ke Pulau Pinang,
     Putus sampan tali melambuk;
Dua kali hati terkenang,
     Pati santan diminum mabuk.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Sambil berdiang,
     nasi masak.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Sambil berdendang, biduk hilir, e. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, f. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau).

 

Lihat selanjutnya...(9)

208

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Ada pasang surutnya

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan. Malangnya, ada pasang surutnya , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(34)

Pantun

PantunSumberTema
Kalau sekali pergi ke surau, Dua kali pergi ke masjid; Kalau sekali menjadi gurau, Dua kali menjadi penyakit.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Dua kali ke Pulau Pinang, Putus tali sampan mengangguk; Dua kali saya terkenang, Air diminum terasa mabuk.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dua kali ke Pulau Pinang, Putus sampan tali melambuk; Dua kali hati terkenang, Pati santan diminum mabuk.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dua kali ke Pulau Pinang, Air laut pasang tenangan; Dua kali abang terkenang, Air mata jatuh berlinangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dua tiga ke ladang mencari, Orang berjudi di dalam puan; Dua tiga boleh kucari, Tidak sama semacam tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bulan puasa pergi ke pasar, Dua tiga membeli gelama; Menanti masa hamba tak gusar, Setahun dua tidaklah lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak udang dipukul ribut, Dari ulu ke Kuala Dua; Orang seberang jangan direbut, Ambil pisau dibelah dua.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Dua kali landak memanah, Terkena pula buah durian; Dua kali turun ke tanah, Bertemu mulut kita janjian.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari Tanjung ke Pulau Manis, Dua tiga ke Pulau Payang; Hidung mancung mulutnya manis, Di situ tempat hatiku sayang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang ke darat sungai Bintagor, Temui rotan berbelah dua; Seorang ke barat seorang ke timur, Ada suratan bertemu jua.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
1234

Kembali ke atas