Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hulu (kata nama)
1. Rujuk tangkai

2. Bersinonim dengan pedalaman: udik, banat,
Berantonim dengan bandar

3. Bersinonim dengan mudik: udik, bahagian atas,
Berantonim dengan hilir

Kata Terbitan : menghulu, menghulukan,

Puisi
 

Petang-petang pergi ke hulu,
     Sampai ke hulu memetik buah;
Kalau tuan balik dahulu,
     Sudah petang hati tak puas.


Lihat selanjutnya...(95)
Peribahasa

Ke hulu kena bubu,
     ke hilir kena tengkalak.

Bermaksud :

Tak dapat terhindar daripada bahaya. tengkalak = lukah yang panjang.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

PantunSumberTema
Anak ikan mudik ke hulu, Sampai ke hulu ditangkap ibu; Kalau mungkir janji dahulu, Hancurlah hati serta kalbu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik tuan pergi ke hulu, Bawa balik batil tembaga; Kalau tuan mati dahulu, Nantilah saya di pintu syurga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Airlah pasang mudik ke hulu, Pasanglah dayung kiri dan kanan; Tuan seorang berbaju biru, Sekuntum bunga tergenggam di tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Air pasang surut ke hulu, Menemui baung mati terlentang; Sudah dibawa buah mengkudu, Si baju gadung kuikut pulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Air pasang mudik ke hulu, Sayang bertambur di atas getah; Bila terkenang zaman dahulu, Rasa berhambur si air mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Air pasang mudik ke hulu, Anak baung mati terlentang; Sudah dipasang olehmu itu, Tujuh tanjung di sebalik pulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Air pasang berangkat ke hulu, Datanglah ubi hanyut melintang; Kalau kukenang masa yang lalu, Makan kelubi serasa pinang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Siti pergi ke hulu, Sampai di hulu mencuci kain; Cari ganti sabar dahulu, Ini belum mahu pada yang lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buahlah padi selasih dulang, Adik menumpang ke hulu saja; Buah hati kekasih orang, Adik menumpang bergurau saja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung punai terbang ke hulu, Berkawan melayang ke kuala; Tak dapat dikenang zaman dulu, Bila dikenang hatiku gila.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas