Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ke sebelah luar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (pergi) ke bahagian luar; ke sebelah luar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luar (kata nama)
Kata Terbitan : di luar, ke luar, luaran,

Puisi
 

Kapal berlabuh di Kuala Sepetang,
     Membawa dagang ke luar negeri;
Kerana hari telah petang,
     Mohon izin mengundur diri.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Masuk ke kampung orang bawa ayam betina,
     jalan di tepi-tepi,
benang arang orang jangan dipijak,
     duduk di tapak tangga,
mandi di hilir orang,
     berdiri di luar-luar gelanggang.

Bermaksud :

Kalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Suluh puntung arang berasap, Asap melimpah ke luar negeri; Sungguh beruntung orang gagap, Bercakap sepatah habis sehari.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Anak Cina membawa kereta, Hendak melawat ke luar negeri; Sudah lama aku bercinta, Jodoh tidak dapat ditukar ganti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kapal berlabuh di Kuala Sepetang, Membawa dagang ke luar negeri; Kerana hari telah petang, Mohon izin mengundur diri.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pokok beringin di tepi huma, Pucuk melempat ke luar pagar; Hati ingin melihat bunga, Bunga dilingkar ular besar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sapu tangan dari Sarawak, Dikirim orang balik ke Miri; Jangan dikenang cinta awak, Sudah lepas ke luar negeri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa dijeruk belimbin, asam belimbin, Kurang masin garam, tambahkan garam; Apa dijenguk dindin, di luar dindin, Kalau sudi ke dalam, masuk ke dalam.Pantun Melayu SarawakBergendang
Kain putih jahit ke Bali, Kain tuan pulanglah ke dulang; Kasih tuan di luar diri, Kasih saya sampai ke tulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang pulang ke negeri China, Tiba di luar air ditimba; Dagang di rantau terbaring merana, Menunggu maut menjemput tiba.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Bertanam cempedak di luar kota, Tumbuh rendang condong ke desa; Orang nan tidak memandang harta, Tapi memandang budi bahasa.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Buah kandis luruh di hilir, Dimakan orang tidak bergaram; Hendak manis luar bibir, Manis tak hendak rasa ke dalam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas