| Ke sana gunung di sini gunung, Tengah-tengah pohon melati; Ke sana bingung di sini bingung, Siapa dikenang di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Meluap ke sana meluap ke sini, Korek tanah korek lombing, Supa ke sana suap ke sini, Kontrak tak dapat kocek kosong. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
| Ayam putih bertaji panjang, Ke sana ke mari mencari lawan; Dalam bersedih didengki orang, Serahkan diri kepada Tuhan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Semut api dari seberang, Ke sana ke mari mengangkut pasir; Lautan api direnangi orang, Apatah lagi lautan air. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Ikan tenggiri makan menyambar, Cuka-cuka dalam peti; Bila berpucuk daunnya lebar, Akar menjalar ke sana ke mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Ke sana bukit sayang, ke sini bukit, Tengah-tengah berduri sayang, pokok berduri; Ke sana sakit sayang, ke sini sakit, Ke mana tempat diri, kubawa diri. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
| Itin angsa sama sejalan, Berenang pula ke sana ke mari; Adik umpama permata intan, Hilang ke mana kan hamba cari. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Ke sana sini menarik rantau, Ikan belanak ikan tenggiri; Begini nasib dagang merantau, Makan sesuap kenyang sehari. | Pantun Melayu Sarawak | Perantau |
| Pergi ke sana bulan mengambang, Menangkap ikan dalam telaga; Lemak telur berlinang-linang, Sisik terlekat pada dada. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Air telaga terasa sejuk, Siapa ke sana teruslah mandi; Kupandang muka membawa mabuk, Kudengar suara memutus hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |