Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sana (kata tugas)
Bersinonim dengan situ, sanan, nun, jauh, sayup, saujana, senun;,
Kata Terbitan : di sana, ke sana, kesanakan,

Puisi
 

Gayung gendang pecah balai,
     Kusembah mari raja Cendana;
Kamu dendam datang ke mari,
     Kami tak boleh datang ke sana.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Bagai anjing tersepit di pagar.

Bermaksud :

Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari. (Peribahasa lain yang sama makna: Anjing terpanggang ekor).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Ayam putih bertaji panjang, Ke sana ke mari mencari lawan; Dalam bersedih didengki orang, Serahkan diri kepada Tuhan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Semut api dari seberang, Ke sana ke mari mengangkut pasir; Lautan api direnangi orang, Apatah lagi lautan air.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Ikan tenggiri makan menyambar, Cuka-cuka dalam peti; Bila berpucuk daunnya lebar, Akar menjalar ke sana ke mari.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Itin angsa sama sejalan, Berenang pula ke sana ke mari; Adik umpama permata intan, Hilang ke mana kan hamba cari. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak muda belum berakal, Siang ke sana malam ke mari; Hendak kusapa belumlah kenai, Kutimang saja di dalam mimpi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pucuk kemiri dimakan ulat, Warna hijau menjadi kuning; Buruk negeri lupakan adat, Ke sana risau ke mari runsing.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Berkata kena-mengena, Baling-baling dalam negeri; Bertunda kasih kita ke sana, Berpaling kasih kita ke mari.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Gayung gendang pecah balai, Kusembah mari raja Cendana; Kamu dendam datang ke mari, Kami tak boleh datang ke sana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ke sini tasik ke mari padang, Tempat pandan tumbuh mencelah; Di sini kasih di sana sayang, Terbuang badan sama tengah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sirih kuning gagang menguning, Mari tanam belukar sana; Seri sirih naik ke kening, Seri pinang naik ke muka.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas