Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
semua (kata tugas)
1. Bersinonim dengan sekalian: segala, seluruh, sarwa, sekotah,

2. Bersinonim dengan sekaliannya: kesemuanya, serba serbi, semuanya, setiap,

3. Bersinonim dengan segenap: setiap, seluruh, serata, seantero.,


Puisi
 

Tinggal empat jarumlah mati,
     Hendak ke mana ke hujung naga;
Sudah mendapat kehendak di hati,
     Abang semua bayarlah harga.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

369

Penny and penny laid up will be many

Duit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga.

Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.

''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Penny and penny laid up will be many, doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years,'' she answered.

''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

PantunSumberTema
Ke bandar Melaka ke rumah Cik Alang, Hendak bersafar ke Tanjung Keling; Kalau semua orang berambut panjang, Apatah hal nasib si tukang gunting?Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Naik kuda bertali sabut, Sampai ke Jawa upah ke bendang; Dulu muda semua berebut, Sudah tua siapa tak pandang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tinggal empat jarumlah mati, Hendak ke mana ke hujung naga; Sudah mendapat kehendak di hati, Abang semua bayarlah harga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apabila ke hulu mencari rotan, Ke hilir pula mencari gaharu; Apabila selalu mencari lawan, Akhirnya semua menjadi seteru.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Dari Kelebang pergi ke Daik, Dari Daik terus ke Melaka; Kalau abang berhati baik, Sanak saudara semua suka.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau tuan pergi ke Daik, Belikan saya sebilah parang; Kalau tuan hati yang baik, Semua orang suka berkawan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Apabila di hulu tidak berladang, Ke hilir pula mencari makan; Apabila selalu bertindak curang, Akhirnya semua menjadi lawan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Orang Cina dari Kuantan, Nak belayar pergi ke Arab; Abang sungguh pandai berpantun, Semua pantun dapat dijawab.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Naik bukan sebarang naik, Naik haji ke tanah suci; Baik bukan sebarang baik, Baik hati semua memuji.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tanam selasih di tepi perigi, Anak Mahua pergi ke kota; Kalau kekasih ditinggalkan pergi, Semua puteri aku tak suka.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas