Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ke mari: ia berlari ke sana dan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ke tempat ini: Tolong bawa tong itu ke ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ke sini

Puisi
 

Ke sini gunung ke sanalah gunung,
     Di tengah gunung berisi batu;
Ke sini bingung di sanalah bingung,
     Di dalam bingung hati tak tentu.


Lihat selanjutnya...(24)

Pantun

PantunSumberTema
Dari sana hendak ke sini, Sampai ke sini melipat kain; Telah masak macang kuini, Kulit sama rasanya lain.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Ke sini gunung ke sanalah gunung, Di tengah gunung berisi batu; Ke sini bingung di sanalah bingung, Di dalam bingung hati tak tentu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Meluap ke sana meluap ke sini, Korek tanah korek lombing, Supa ke sana suap ke sini, Kontrak tak dapat kocek kosong.Pantun Melayu SarawakKiasan
Ke sana bukit sayang, ke sini bukit, Tengah-tengah berduri sayang, pokok berduri; Ke sana sakit sayang, ke sini sakit, Ke mana tempat diri, kubawa diri.Pantun Melayu SarawakBergendang
Kalau ke sini tumbang keranji, Habislah ranap pokok pinang; Kalau begini rupanya janji, Bilalah cakap boleh dipegang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Encik Hitam orang Bangkahulu, Datang ke sini menjaja kain; Hitam rambut sama berbulu, Tetapi hati lain-lain.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Ke sini tasik ke mari padang, Tempat pandan tumbuh mencelah; Di sini kasih di sana sayang, Terbuang badan sama tengah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jika negeri api di pinggir, Api Cina berdayung tongkang; Datang ke sini mencari fikir, Dayunglah sudah dilayar orang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Anak lang kayu tinggi, Patah ranting terbanglah dia; Anak dagang datang ke sini, Sampai masa pulanglah dia.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Anak lang di kayu tinggi, Patah ranting terbanglah dia; Anak dagang jatuh ke sini, Sampai musim pulanglah dia.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
1234

Kembali ke atas