Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ke tempat itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ke tempat itu: Mari kita pergi ke ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ke situ

Puisi
 

Dari Tanjung ke Pulau Manis,
     Dua tiga ke Pulau Payang;
Hidung mancung mulutnya manis,
     Di situ tempat hatiku sayang.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Selasih berdahan rapuh, Ke situ tupai melompat; Kekasih berjalan jauh. Kutunggu sampai kiamat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau tidak Sarawak sempit, Di situ juga jalan kuda; Maaf saya suaraku sakit, Ke situ juga melihat harta.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Mencari ilmu bersungguh hati, Ilmu yang dapat kita amalkan; Terpuji Melayu patuh ke janji, Di situ tempat kita dimuliakan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau lalu ke teluk rotan, Riaknya sampai ke mengkuang; Bagai emas dipalut perak, Di situ kasih akan terbuang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Dari Tanjung ke Pulau Manis, Dua tiga ke Pulau Payang; Hidung mancung mulutnya manis, Di situ tempat hatiku sayang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Turun ke sawah memikul bajak, Hendak menyemai bunting padi; Sudah terpijak bumi Allah, Di situ tempat berakhir janji.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Sayang Santubong ke Teluk Tambak, Tempatlah budak berjalan kaki; Hidung mancung bersenyum tidak, Di situ tempat gilaku mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas