Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : arah ke pinggir, pergi ke pinggir; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (pergi) ke bahagian tepi; ke arah pinggir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tepi (kata nama)
Bersinonim dengan pinggir, pesisir, tebing, tubir, ufuk, sisi, birai, aris, bibir, bingkai, rangka, bikar, bira, birih, biring, gigi, sempadan, perbatasan;,
Kata Terbitan : mengetepikan, bertepi, menepi,

Puisi
 

Kalau belayar sampai ke tepi,
     Makin ke tepi bertambah dalam;
Kalau tidur berasa mimpi,
    tidur/mimpi Sedar-sedar bertambah dendam.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Air sama air menjadi satu,
     sampah ke tepi juga.

Bermaksud :

Jangan ikut campur dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali, kita akan tersisih ke tepi.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

PantunSumberTema
Perahu kecil belayar ke tepi, Makin ke tepi makin dalam; Tidur malam jangan dimimpi, Kalau dimimpi bertambah dendam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau belayar sampai ke tepi, Makin ke tepi bertambah dalam; Kalau tidur berasa mimpi, Sedar-sedar bertambah dendam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tanjung ke tepi tanjung, Membawa roman segenggam arang; Berkampung kita berkampung, Menengok kumbang singgah sekarang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sampai ke tepi terkena duri, Duri dibuang sakit pun hilang; Kalau ayah tidak memberi, Adik hendak mengikut abang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tuk Merah ke tepi paya, Jangan ceku buat pepedak; Mengapa abang marahkan saya, Sekali tegur sekali tidak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Airlah surut sampan tersekat, Kerana ke tepi ketika pasang; Hatiku hanyut badan melarat, Kerana kekasih lama tak datang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Lancang tenggelam kita berenang, Sampai ke tepi terkena duri; Boleh abang masuk meminang, Takut ayah tidak memberi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Waktu menteri berkain sarung, Kaki terantuk ke tepi meja; Begitu isteri bermain serong, Laki terduduk berputih mata.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sungguh elok memasang pukat, Memasang pukat dekat ke tepi; Sungguh elok orang nan nekad, Orang nan nekad cepat mati.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Anak beruk di kayu rendang, Meniti turun ke tepi paya; Hodoh buruk di mata orang, Cantik manis di mata saya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345

Kembali ke atas