Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bai.kan]/[ke.bai/.kan] | کباءيقن

Definisi : 1. perbuatan baik: apabila dia membuat sesuatu ~, sentiasa dipertalikannya dgn ayahnya, kerana ayah, utk ayah; 2. sifat baik: tidak sanggup saya membalas ~ budinya; 3. faedah: di kampung-kampung kerajaan membuat jalan-jalan baru utk ~ rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bai.kan]/[ke.bai/.kan] | کباءيقن

Definisi : 1 perbuatan yg baik; sifat-sifat yg baik: Atas ~ dan kemurahan hatimu, aku mengucapkan terima kasih. 2 faedah; guna: Pihak pemerintah telah mengadakan berbagai-bagai kemudahan utk ~ rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebaikan

Peribahasa

Mengambil puntung pemukul kepala.

Bermaksud :

Kebaikan dibalas dengan kejahatan.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Pantun

PantunSumberTema
Siapa ingat hari kan petang, Tentulah dia bergegas mandi; Siapa beringat kebaikan orang, Tentulah dia membalas budi.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Yu parang yu tenggiri, Jarang-jarang gigi di depan; Tuntut ilmu kebaikan diri, Senjata mengidam darah di badan.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Matahari naik baru menyidai, Gadis ayu menyalai ikan, Mencari kawan biarlah pandai, Biar tersemai segala kebaikan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kalau helat hendak ramai, Sanak saudara jangan lupakan; Kalau adat hendak dipakai, Letakkan dia dengan kebaikan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas