Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bun] | کبون

Definisi : tanah yg tidak berapa luas dan ditanami pokok buah-buahan atau sayur-sayuran dll, ladang kecil: ~ sayur; ~ buah-buahan; tuan ~ Id pengurus (pengusaha) ladang; tukang ~ orang yg mengerjakan (membersihkan) pekarangan rumah dan menjaga pokok-pokok yg ditanam; ~ binatang taman haiwan, zoo; ~ bunga taman bunga; ~ percubaan kebun tempat menguji berbagai-bagai tanaman; ~ raya Id kebun tempat ditanam berbagai-bagai tumbuhan (di Bogor); berkebun bercucuk tanam di kebun, bekerja mengurus kebun; memperkebuni mengusahakan tanah supaya menjadi kebun, mengerjakan tanah sbg kebun; perkebunan 1. perihal tanam-menanam di kebun; 2. perusahaan atau urusan kebun; 3. tanah-tanah kebun; 4. Id ladang (besar): Gampo menceritakan ia sekarang bekerja sbg pengarah ~ kina; pekebun orang yg memiliki atau yg mengu­rus kebun; ~ kecil pengusaha kebun yg tidak luas, pengusaha ladang kecil (getah, kelapa sawit, dll); pengebun orang yg kerjayanya membuat kebun atau bekerja di kebun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bun] | کبون

Definisi : tanah yg ditanami sesuatu (spt pokok buah-buahan, sayur-sayuran): ~ sayur; ~ kelapa; tukang ~ orang yg menjaga kebersihan kawasan rumah (sekolah dll). ~ binatang taman haiwan; zoo. ~ bunga kebun yg ditanami pelbagai bunga; taman bunga. ~ kecil kebun yg luas kawasannya kurang drpd 40.5 hektar (100 ekar), kebanyakannya lebih kurang 2 hektar (5 ekar). berkebun bercucuk tanam di kebun: Di samping bersawah, mereka ~ sayur. memperkebuni mengusahakan tanah dgn berkebun. perkebunan 1 hal-hal mengenai kebun (perusahaan atau pengurusannya). 2 tanah tempat berkebun. pekebun orang yg berkebun atau yg mengusahakan kebun: ~ kecil orang yg berkebun atau yg mengusahakan kebun secara kecil-kecilan; pengusaha kebun kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kebun (kata nama)
Bersinonim dengan ladang, dusun, taman, huma, tegal, sawah, bendang, estet;,
Kata Terbitan : berkebun, memperkebuni, perkebunan, pekebun, pengebun,

Puisi
 

Kebun kecil pokok berjenis,
     Pagar dengan buluh berdaun;
Kecil-kecil kayu tempinis,
     Terasnya tahan berpuluh tahun.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Bagai kambing lepas ke parak.

Bermaksud :

Memilih makanan dengan sesuka hati. parak = ladang, kebun.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Kebun kecil pokok berjenis, Pagar dengan buluh berdaun; Kecil-kecil kayu tempinis, Terasnya tahan berpuluh tahun.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Buat kebun berpagar-pagar, Dalam kebun taman setanggi, Hendak memikat burung di sangkar, Lepas di sangkar terbang tinggi.Pantun Melayu SarawakKasih
Di dalam semak ada kebun, Di dalam kebun ada bunga; Di dalam gelak ada pantun, Dalam pantun ada makna.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Dinding kebun tepi perigi, Kepung dengan atap nipah; Basah kering dibuat mandi, Tentang harga belum berubah.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Jika ke kebun Dato Penghulu, Ambilkan saya biji saga; Jika tuan mati dahulu, Tunggu saya di pintu syurga.Pantun Melayu SarawakSetia Kasih
Anak dekut kebun Cik Daud, Tangkap seekor di celah sarang; Kalau takut karam di laut, Saya tak mahu belayar seorang.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Rama-rama kebun Cik Daud, Hinggap di ranting lalu meniti; Bila ada pulau di laut, Senang unggas tumpang berhenti.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Petik kelapa kebun Cik Daud, Petik mari pagi hari; Berapa kencang angin di laut, Ditiup angin karam sendiri.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Anak Cina kebun Cik Ali, Burung kedidi terbang ke pantai; Kalau sudah gunung yang tinggi, Mana boleh dapat dicapai.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Ulam temu di kebun Pak Akob, Halia tumbuh dalam dulang; Mula bertemu macam tak cukup, Bila dah jemu tendang terajang.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
1234

Kembali ke atas