Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ca.pi] | کچڤي

Definisi : sj alat bunyi-bunyian bertali yg dipe­tik sbg gitar (spt cerempung); memetik ~ bermain kecapi; berkecapi bermain kecapi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ca.pi] | کچڤي

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buah), sentul, Sandoricum koetjape; buah ~ buah sentul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ca.pi] | کچڤي

Definisi : alat bunyi-bunyian bertali yg seakan-akan gambus rupanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecapi

Puisi
 

Sayang kecapi kecapang condong,
     Sayang tempurung berisi paku;
Kalau petang matahari condong,
     Kalau burung nak terbang aku.


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

PantunSumberTema
Buah kecapi mengunjung dahan, Putiknya gugur jatuh berdebuk; Sudah kunanti berbilang bulan, Adik tak juga mahu menjenguk.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buah kecapi di tepi dusun, Batangnya layu dijilat api; Sudah kunanti berbilang tahun, Abang tak datang menjenguk kami.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tali kecapi disebut orang, Bila dipetik bunyinnya nyaring; Hatiku ini mabuk kepayang, Kerana adik sudah berpaling.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Teluk kecapi kecapang condong, Hanyut tempurung di kalut paku; Sudah terlihat matahari condong, Ibarat burung terbanglah aku.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Sayang kecapi kecapang condong, Sayang tempurung berisi paku; Kalau petang matahari condong, Kalau burung nak terbang aku.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Putus sudah tali kecapi, Manakan ada orang berdendang; Pupus sudah kasih di hati, Manakan hamba mahu bertandang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Elok sungguh memetik kecapi, Penghilang penat berjalan jauh; Elok sungguh adik ke mari, Serasa mendapat durian runtuh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buah sentul buah kecapi, Buah salak dalam dulang; Jangan dipukul jangan dimaki, Amun tidak hendak antaran pulang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Buah sentul buah kecapi, Buah salak dalam dulang; Jangan pukul jangan dimaki, Kasi talak hantar pulang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Pukul rebana pukul kecapi, Raja berarak dari seberang; Apakah sebab jadi begini, Karam berdua basah seorang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas