Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.don.dong] | کدوندوڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buah­nya), Canarium spp.; ~ bahu = ~ bulan = ~ hutan = ~ kerut sj tumbuhan (pokok), kenari hutan, Canarium nitidum; ~ kerut = ~ matahari sj tumbuhan (pokok dan buahnya), campa biru, gigi buntal, mesiput, Canarium kadondon; ~ matahari sj tumbuhan (pokok), babi kurus, beberas, beras­-beras, kasi kempas roman, kijai, pauh kijang, Trigonochlamys griffithii; amra (jangan) disangka ~ prb sesuatu yg menyerupai yg buruk itu jangan disangka buruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.don.dong] | کدوندوڠ

Definisi : sj ikan laut, bulus-bulus, Sillago spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.don.dong] | کدوندوڠ

Definisi : nama sj pokok atau buahnya, Canarium spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedondong

Puisi
 

Pilih-pilih buah kedondong,
     Cari yang manis tiada bijinya;
Pilih-pilih muda sekampung,
     Yang hitam manis baik budinya.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

PantunSumberTema
Sayang kedondong buah di hutan, Tergantung-gantung dengan buahnya; Jika ada untungmu tuan, Besar diharung dengan tuahnya.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sejak limau menjadi kedondong, Banyaklah puding dimakan ulat; Sejak harimau bergigi ompong, Banyaklah kambing melawan bersilat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Buah putat buah kedondong, Buah mentimun masak dahulu; Tuah adat tuah sekampung, Tuah menurun ke anak cucu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Pilih-pilih buah kedondong, Cari yang manis tiada bijinya; Pilih-pilih muda sekampung, Yang hitam manis baik budinya.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Tanam limau tanam kedondong, Tanam mari tepi pantai; Harimau garang jangan dikepung, Buat rosak sahabat handai.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Ambil galah jolok kedondong, Galah patah menimpa dahan; Bukannya salah ibu mengandung, Sudah nasib permintaan badan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Nyindung juak nyindung bukit kedondong, Hari nan hari menanam lada; Fasal sahaja bukit melindung, Harilah hari berpandang mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Terap jatuh menimpa dahan, Buah kedondong kelapa mawar; harap kami kepada tuan, Jadi pelindung jadi penawar.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Buah terap sedap dimakan, Buah kedondong dalam guni; Harap kami kepada tuan, Sama hidup dalam harmoni.Pantun Melayu SarawakNasihat
Harap kami belayar ke Sadong, Kedondong sudah dibawa pulang; Harap kami hendak bergantung, Junjung sudah dilayarkan orang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12

Kembali ke atas