Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedua

Puisi
 

Pilih-pilih tempat nak mandi,
     Pertama teluk kedua pantai;
Asyik memilih kain sekodi,
     Manakan laku kain sehelai.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Pandang-pandang orang dijadikan ganti tubuh;
     pertama tegak,
kedua roboh.

Bermaksud :

Orang yang akan dijadikan wakil dalam sesuatu perkara hendaklah dipilih dengan saksama, kerana kalau orang itu baik dan setia, selamatlah, tetapi kalau orang itu jahat dan tidak jujur, binasalah.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Pantun

PantunSumberTema
Ayam jalak kedua jalak, Ayam biring kuning kakinya; Adik pergi tergelak-gelak, Abang yang tinggal sumbing hatinya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bulan Safar bulan kedua, Sesudah itu Rabiulawal; Menahan lapar tidak mengapa, Patah hati sampailah ajal.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pilih-pilih tempat nak mandi, Pertama teluk kedua pantai; Asyik memilih kain sekodi, Manakan laku kain sehelai.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Berangkat dari pangkalan Landeh, Mencari tali pasar Senyawan; Sudah kupandang kedua kasih, Merosak hati menggugur iman.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pokok senduduk di luar pagar, Sungguh berbunga tidak berbau; Satu sungguh kedua benar, Masuk ketiga saya tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas