Hijau keduduk di tanah paya, Hijau kelalap di tanah rendah; Kalau duduk di bawah-bawah, Kalau bercakap merendah-rendah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Daun keduduk berbelang-belang, Daunnya banyak tidak menjadi; Abang terduduk dirundung malang, Mendengar khabar nikah tak jadi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bunga keduduk bunga kenanga, Berbau harum sampai ke jalan; Hamba duduk sambil bertanya, Ibarat pungguk merindukan bulan. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Tanam keduduk di tepi rimba, Pukul pahat dalam padi; Sungguhnya duduk bertindih riba, Jalan jahat jangan sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Sayang keduduk balik rumah, Akar menyorok tiang seri; Tuan duduk tuan punya rumah, Kami nak pulang minta diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Batang keduduk dibuat galah, Hendak menghalau si ayam jantan; Telunjuk sudah dijadikan Allah, Hendak menculik kapur berjuitan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sayang keduduk kayu hutan, Hijau biru kelihatan; Mana duduk di pangku tuan, Lemah lesu rasa badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pokok keduduk bercabang tiga, Akar palas bersimpul pulih; Sungguh duduk bertindih riba, Jangan diharap kata nak boleh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Esok berbunga engkau keduduk, Berbunga sekali berganding buah; Esok berguna engkau tanduk, Guna menyendi gading bertuah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tinggi bukit gunung sebuah, Keduduk tidak berbunga lagi; Sudah mendapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |