Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.jang] | کجڠ

Definisi : kaku (anggota dll), kejur, tegang (urat dll): mayat Bakri terbaring di situ ~ pucat; ~ mulut mulut terkancing atau tertutup rapat; mati ~ mati kaku (binatang yg mati tidak dgn disembelih); berkejang, berkejang-kejang melunjur­kan keras-keras (tegang-tegang), meregang­-regangkan (kaki); mengejang menjadi kejang: dia mengurut-urut perutnya melawan rasa sakit yg ~ itu; mengejangkan meluruskan (kaki) keras­keras (hingga menjadi kaku): dia ~ urat sarafnya; terkejang-kejang menjadi kejang dgn tiba­-tiba dan berkali-kali; kekejangan 1. = kejangan sj penyakit pd kaki (menyebabkan urat betis terasa spt di­tarik-tarik), sakit ular-ularan: ~ otot di bahagian betisnya mengakibatkan rasa sakit; 2. keadaan kejang (kaku), kekakuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.jang] | کجڠ

Definisi : tidak dpt dibengkok-bengkokkan (bkn anggota); kaku; kejur: Kakinya ~. ~ mulut terkancing mulut (tidak dpt dibuka). mengejangkan meluruskan (kaki dll) sehingga seolah-olah kejang. terkejang-kejang dlm keadaan kejang dgn tiba-tiba dan banyak kali. kekejangan penyakit yg menyebabkan kaki menjadi kejang; sakit ular-ularan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kejang (adjektif)
Bersinonim dengan keras, terpejung, kejur, kaku, kerekot, terkerkau, berkuat, kercau, tegang, ular-ularan, encok;,
Kata Terbitan : berkejang, mengejangkan, kekejangan,


Pantun

PantunSumberTema
Walaupun kaki berasa kejang, Kerana petang berebut pergi; Walaupun laki sudah membujang, Kerana sayang dijemput lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas